Blog Post
Percutian ke Kuching paling sesuai untuk 3 hingga 4 hari. Pusat bandarnya kecil dan boleh diterokai dengan berjalan kaki, tetapi tempat seperti Kampung Budaya Sarawak, Pantai Damai, Semenggoh dan Bau terletak 30 hingga 60 minit di luar bandar, dan pengangkutan awam ke sana sangat terhad.
Panduan ini disediakan oleh pasukan Alpha Car Rental, syarikat sewa kereta di Kuching yang setiap hari menyerahkan kereta kepada pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kami kongsikan jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya oleh pelancong dari Semenanjung: bila nak datang, berapa hari cukup, nak pergi mana, nak makan apa dan macam mana nak bergerak.
| Perkara | Maklumat |
|---|---|
| Tempoh percutian | 3 hari 2 malam hingga 4 hari 3 malam |
| Penerbangan dari Kuala Lumpur | Kira-kira 1 jam 45 minit |
| Lapangan terbang ke pusat bandar | Kira-kira 11 km, 20 minit memandu bergantung pada trafik dan destinasi |
| Musim hujan | Biasanya November hingga Februari |
| Pengangkutan | Berjalan kaki di pusat bandar, Grab dalam bandar, kereta sewa untuk luar bandar |
| Zon waktu | GMT+8, sama seperti Semenanjung |
| Dokumen untuk rakyat Malaysia | MyKad, tiada pasport diperlukan |
Sarawak meraikan perayaan pelbagai kaum, jadi hampir setiap suku tahun ada sesuatu yang berlangsung di Kuching:
Tiga hari dua malam cukup untuk pusat bandar dan satu kawasan luar bandar. Tambah sehari jika anda mahu ke Bako, Semenggoh dan Bau, atau ke pantai di Lundu dan Sematan yang terletak hampir 2 jam dari bandan.
| Hari | Pagi | Petang | Malam |
|---|---|---|---|
| Hari 1 | Tiba, ambil kereta di lapangan terbang, daftar masuk hotel | Main Bazaar dan Carpenter Street | Kuching Waterfront dan Jambatan Darul Hana |
| Hari 2 | Kampung Budaya Sarawak (40 minit dari bandar) | Pantai Damai atau Santubong, 5 minit dari Kampung Budaya | Makan malam di bandar |
| Hari 3 | Sarapan laksa Sarawak, beli kek lapis | Vivacity Megamall atau The Spring | Pulangkan kereta di lapangan terbang |
Kampung Budaya dan Pantai Damai diletakkan pada hari yang sama kerana kedua-duanya di Santubong. Jika anda lebih suka alam semula jadi, tukar Hari 2 kepada Semenggoh pada waktu pagi (35 minit) dan Bau pada waktu petang (45 minit). Kedua-duanya di selatan bandar, jadi tidak perlu berpatah balik.
Untuk Taman Negara Bako, peruntukkan satu hari penuh. Anda perlu memandu kira-kira 40 minit ke jeti Kampung Bako, kemudian menaiki bot 20 minit, dan waktu bot bergantung pada air pasang surut.
Pada hari terakhir, elakkan pergi jauh dari bandar. Lapangan terbang hanya 20 minit dari pusat bandar, jadi pagi itu sesuai untuk makan dan membeli ole-ole.
Di pusat bandar, berjalan kaki dan Grab sudah memadai. Masalahnya bermula apabila anda keluar bandar: Grab mudah ditempah untuk pergi ke Bau, Semenggoh atau Santubong, tetapi untuk balik, pemandu jarang berada di kawasan itu dan anda mungkin menunggu lama. Bas awam ke tempat pelancongan pula tidak kerap dan laluannya terhad.
| Pilihan | Sesuai untuk | Kelemahan |
|---|---|---|
| Berjalan kaki | Waterfront, Main Bazaar, Carpenter Street | Panas tengah hari, tidak sesuai untuk luar bandar |
| Grab | Dalam bandar, ke restoran | Sukar ditempah untuk perjalanan balik dari luar bandar |
| Bas awam | Bajet paling rendah | Jadual jarang, tidak sampai ke kebanyakan tempat pelancongan |
| Pakej lawatan | Bako, lawatan berpemandu | Jadual tetap, kos tinggi untuk keluarga |
| Kereta sewa | Keluarga, kumpulan, luar bandar | Perlu cari parking di pusat bandar |
Kereta sewa biasanya lebih berbaloi jika:
Sebagai contoh, perjalanan pergi dan balik ke Kampung Budaya Sarawak dengan Grab boleh mencecah lebih kurang RM200, lebih tinggi dengan kos sewa kereta untuk sehari penuh.
Alpha Car Rental menawarkan sewa kereta di Kuching dari RM80 sehari, dengan penyerahan kereta di Lapangan Terbang Kuching tanpa caj tambahan. Setiap tempahan juga disertakan pemegang telefon dan kerusi bayi percuma.
Tempat menarik di Kuching terbahagi kepada tiga kawasan: pusat bandar, selatan (Semenggoh dan Bau) dan utara (Santubong, Damai dan Bako). Lawat satu kawasan sehari supaya anda tidak berulang-alik. Masa memandu di bawah dikira dari Kuching Waterfront.
| Tempat | Kawasan | Masa memandu | Tips |
|---|---|---|---|
| Kuching Waterfront & Jambatan Darul Hana | Pusat bandar | Berjalan kaki | Paling cantik selepas Maghrib |
| Main Bazaar & Carpenter Street | Pusat bandar | Berjalan kaki | Kraf tangan, kafe dan bangunan lama |
| Muzium Borneo (Borneo Cultures Museum) | Pusat bandar | 5 minit | Sesuai ketika hujan, peruntukkan 2 jam |
| Pusat Hidupan Liar Semenggoh | Selatan | 35 minit | Datang waktu makan orang utan, biasanya 9 pagi dan 3 petang |
| Tasik Biru & Gua Pari-Pari, Bau | Selatan | 45 minit | Boleh digabung dalam satu petang |
| Kampung Budaya Sarawak | Utara | 40 minit | Datang sebelum persembahan tarian |
| Pantai Damai & Santubong | Utara | 40 minit | 5 minit dari Kampung Budaya |
| Taman Negara Bako | Utara-timur | 40 minit ke jeti, kemudian bot 20 minit | Pergi seawal pagi, bot ikut air pasang surut |
Anda tidak perlu ke semua tempat ini dalam satu percutian. Pilih satu kawasan luar bandar untuk setiap hari, kemudian habiskan malam di Waterfront.
Senarai penuh dengan tips untuk setiap tempat ada dalam panduan 15 Tempat Menarik di Kuching. Lihat juga panduan Kampung Budaya Sarawak & Santubong (pautan) dan Pantai di Kuching & Sekitarnya.
Tiga makanan yang wajib dicuba di Kuching ialah laksa Sarawak, mee kolok dan kek lapis Sarawak. Kedai makan halal mudah dijumpai, tetapi tersebar di beberapa kawasan seperti Satok, Kampung Boyan dan Petra Jaya, jadi masukkan lokasinya dalam laluan harian anda.
Kedai kek lapis kebanyakannya di luar pusat bandar. Jika anda membeli beberapa kotak, singgah pada hari terakhir dan simpan kek di dalam kereta berhawa dingin, bukan di dalam but yang panas.
Senarai kedai makan halal dan kedai kek lapis yang kami syorkan ada dalam panduan makanan kami.
Pilih kawasan dahulu, kemudian baru hotel. Kawasan Waterfront paling sesuai jika anda mahu berjalan kaki ke tempat makan dan tarikan bandar. Jika anda memandu sendiri, hotel di luar pusat bandar biasanya ada parking yang lebih luas dan lebih mudah untuk ke jalan utama.
| Kawasan | Sesuai untuk | Parking |
|---|---|---|
| Waterfront & pusat bandar | Kali pertama ke Kuching, pasangan, suka berjalan kaki | Terhad, kebanyakannya berbayar. |
| Jalan Tun Jugah & sekitar | Keluarga, memandu sendiri | Lebih luas |
| Berhampiran lapangan terbang | Penerbangan awal pagi atau lewat malam | Mudah |
| Santubong & Damai | Percutian santai tepi pantai | Mudah, tetapi 40 minit dari bandar |
Untuk mall, Vivacity Megamall, The Spring dan AEON Mall Kuching Central ialah pilihan utama dan semuanya ada parking yang luas. Untuk barangan tempatan, Main Bazaar sesuai untuk kraf tangan dan cenderamata. Pasar Serikin berhampiran sempadan Indonesia, kira-kira 1 jam dari bandar, terkenal dengan barangan pada harga borong dan hanya dibuka pada hujung minggu.
Makanan halal mudah didapati di Kuching, tetapi tidak semua kedai halal kerana penduduknya berbilang kaum. Cari sijil halal yang sah atau tanya terus sebelum memesan.
Untuk solat, Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid India Bandar Kuching terletak berhampiran pusat bandar. Waktu solat di Kuching lebih awal berbanding Semenanjung, contohnya Maghrib sekitar 6.20 petang, jadi semak jadual untuk zon Kuching sebelum keluar ke luar bandar.
Lapangan terbang terletak kira-kira 20 minit dari pusat bandar. Selepas keluar dari balai ketibaan, anda boleh menempah Grab di lokasi pengambilan yang ditetapkan, atau terus mengambil kereta sewa yang sudah ditempah.
Jika anda menempah dengan Alpha Car Rental, pasukan kami akan menunggu di balai ketibaan dan menyerahkan kereta kepada anda di situ, tanpa caj tambahan. Berikan nombor penerbangan semasa menempah supaya kami boleh memantau jika penerbangan anda lewat. Ini sangat membantu untuk ketibaan lewat malam, apabila Grab lebih sukar didapati.
Tiga hari dua malam cukup untuk pusat bandar dan satu kawasan luar bandar. Pilih empat hari jika anda mahu ke Bako atau pantai di Lundu dan Sematan.
Tidak. Rakyat Malaysia hanya perlu membawa MyKad untuk pemeriksaan imigresen semasa tiba di Sarawak.
Mudah di dalam bandar. Untuk perjalanan balik dari Bau, Semenggoh atau Santubong, Grab lebih sukar didapati kerana pemandu jarang berada di kawasan tersebut.
Tidak semestinya. Jika anda hanya di pusat bandar, berjalan kaki dan Grab sudah mencukupi. Kereta sewa lebih berbaloi jika anda mahu ke luar bandar, bercuti bersama keluarga atau mahu bergerak ikut jadual sendiri.
Harga bergantung pada model, tempoh sewaan dan musim. Di Alpha Car Rental, harga bermula dari RM80 sehari.
Boleh. Alpha Car Rental menyediakan kerusi bayi dan pemegang telefon secara percuma. Maklumkan semasa membuat tempahan.
Sekurang-kurangnya 3 hingga 4 minggu lebih awal untuk Gawai, Hari Raya, Tahun Baru Cina dan cuti sekolah hujung tahun.
Dah ada tarikh untuk bercuti ke Kuching? Alpha Car Rental menyediakan kereta dari RM80 sehari, penyerahan kereta di Lapangan Terbang Kuching tanpa caj tambahan, serta kerusi bayi dan pemegang telefon percuma. Semak pilihan kereta dan tempah di sini atau WhatsApp kami di 016-923 3353.